Thursday, 12 April 2012

Perkhidmatan TNN

Posted by Puan Farhana Ali at 23:55 0 comments
Perkhidmatan Kami :
Penjagaan Kanak-Kanak (nursery) dari umur 2 bulan - 4 tahun

Masa Operasi :
7.00 pagi - 6.00 petang (isnin-jumaat, kecuali cuti umum)
7.30 pagi - 12.30 tengah hari (*sabtu-bergantung pada permintaan ibu bapa)

Sukatan Pelajaran dan Aktiviti : 
Asas Fardhu Ain
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Mandarin
Matematik
Sains Kreatif
Seni Kreatif

Meliputi Perkembangan Menyeluruh :
Bahasa
Kognitif
Sosio Emosi
Fizikal

Kegiatan Kretif


Khidmat Jagaan:
Baby Land ( 2bulan-1tahun)
Play School ( 1tahun-3tahun)
Pre School (3tahun-4tahun)

*Perkembangan dan hasil kerja anak-anak (2bulan-4tahun) akan direkodkan dari semasa ke semasa di dalam Buku Laporan Kemajuan Anak-Anak untuk diteliti oleh ibubapa/penjaga pelajar.

Thursday, 19 January 2012

Pautan Menarik

Posted by Puan Farhana Ali at 03:30 0 comments
Rujukan Pembelajaran


Sila Klik Link Dibawah :



Wednesday, 18 January 2012

Masa Bermain

Posted by Puan Farhana Ali at 03:04 0 comments
Masa Bermain

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog TNN. Terima kasih kerana sudi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Taska kami. Disini kami senaraikan beberapa contoh aktiviti  di TNN yang bertujuan untuk mengaplikasikan pembelajaran anak-anak didalam kehidupan seharian untuk membantu anak-anak dalam membentuk sifat berdikari dan percaya pada diri sendiri.


Aktiviti Fizikal :
Muzik : Tempo perlahan, tempo laju.

Peralatan diperlukan : 
Pemain CD dan CD muzik

Apa yang perlu dilakukan :
Jika anda mempunyai CD dengan tempo muzik yang berbeza,mainkan bahagian-bahagian kecil lagu-lagu yang berbeza tempo itu secara rawak. Apabila anak anda mendengar lagu yang pantas, beritahu dia untuk bergerak pantas. Apabila lagu itu perlahan, beritahu anak anda untuk bergerak perlahan-lahan.

Aktiviti ini akan menggalakkan kemahiran mendengar dan kemahiran motor.


Sains Kretif/Sosio-Emosi :
"Indoor Rainbow"

Kanak-kanak sentiasa sukakan pelangi dan anda tidak perlu menunggu hari hujan untuk melakukan eksperimen ini..

Peralatan Diperlukan : 
Cermin kecil (yang akan muat didalam gelas)
Sebiiji gelas
Air
Lampu Suluh

Apa yang perlu dilakukan :
Letakkan cermin pada satu sudut didalam gelas yang telah diisikan dengan air. Bawakan gelas itu bersama lampu suluh ke dalam bilik yang gelap. Nyalakan lampu suluh kearah cermin didalam gelas dan lihat jika ada pelangi terbentuk. Jika tiada, ubah sudut cermin atau pun sudut lampu suluh tersebut.


Seni Kretif
Topeng Pinggan Kertas

Selain mengasah bakat seni kretif, aktiviti ini dapat menggalakkan skil motor halus dan kebolehan berimaginasi anak-anak.

Peralatan Diperlukan :
Pinggan Kertas

Pen Mewarna

"Glitter"

Gam

Tali Halus

Apa yang perlu dilakukan :
Lukiskan wajah kelakar atau menakutkan diatas pinggan kertas menggunakan pen mewarna, glitter dan sebagainya mengikut kretiviti anak-anak. Kemudian gunakan tali halus untuk mengikat topeng.


Aktiviti Kognitif
Main Pondok-Pondok


Peralatan diperlukan :
Baju, beg duit, tas tangan dan kasut orang dewasa.

Apa yang perlu dilakukan :
Biarkan anak anda memakai pakaian orang dewasa. Dia akan belajar tentang tektur dan warna. Berikan dia situasi-situasi untuk dilakonkan, contohnya seperti bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kemuan ambil gambar mereka.



Aktiviti Matematik
Blok Bowling


Peralatan Diperlukan :
Blok (kayu atau plastik)
Bola dari pelbagai saiz

Apa yang perlu dilakukan :
Susun blok-blok tersebut dengan ketinggian yang berbeza. Kemudian, baling bola pelbagai saiz ke arah susunan blok tersebut dari jarak yang berbeza.

Aktivit ini bagus untuk mengajar pengiraan/huruf kepada anak-anak jika blok huruf digunakan.

Tuesday, 17 January 2012

Modul Pembelajaran TNN

Posted by Puan Farhana Ali at 01:22 0 comments
Perkembangan Asas Fardhu Ain


Baby Khalifah Series
Bagi mendedahkan anak-anak dengan asas-asas fardhu ain dan kerohanian sejak kecil lagi, TNN menyediakan modul Baby Khalifah terbitan islamkids.my agar pembelajaran lebih menyeronokkan.


Sesuai untuk anak-anak berumur 1tahun-4tahun. 
Anak-anak akan didedahkan dengan :

*my first adab
*my first solat (wudhu', azan, prayer  time, kiblah)
*my first khalimah (subhanallah,allahu akhbar, alhamdulillah)
*my family
*my first arabic (numbers, colours, shapes..)
*my first iqra'



Bacaan Awal al-Quran
Sedar tentang kepentingan pendedahan awal dalam pengenalan sebutan-sebutan jawi dan bacaan al-quran, TNN telah menyediakan modul Siri Cepat Membaca al-Quran al-Furqan terbitan readnetwork.com untuk anak-anak.

 Sistem al-Furqan telah disusun supaya anak-anak dapat membaca al-Quran dengan cara yang paling mudah.



 Keistimewaan Produk
  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
  • Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik

Kad Imbas al-Furqan & VCD Lagu al-Furqan

Kad Imbas al-Furqan mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Siri Cepat Membaca al-Quran al-Furqan 1 - 4. 
Kad imbas dan VCD al-Furqan ini juga digunakan sebagai bahan bantuan mengajar untuk bayi 6bulan keatas dimana bayi juga lebih tertarik kepada gambar-gambar dan lagu-lagu yang didengari dan dilihatnya secara tidak langsung.




Kanak-kanak ini mula diajar mengenal huruf menggunakan flashcard sejak umur 6 bulan. Pada umur 1 tahun lebih, dia telah mengenal semua 29 huruf hijaiyah bertanda fathah. 


Monday, 16 January 2012

Modul Pembelajaran TNN

Posted by Puan Farhana Ali at 20:36 0 comments
Perkembangan Bahasa

Di TNN, kami menyediakan modul pembelajaran yang menarik, berkesan & bersesuaian dengan tahap umur setiap anak-anak.


Bahasa Inggeris



TNN menggunakan modul pembelajaran Disney Magic English dimana ia direka khas untuk memupuk perkembangan bahasa bagi kanak-kanak. Dengan menggunakan watak-watak kartun Disney didalam setiap 26 DVD dan 26 buku aktiviti Disney Magic English, pembelajaran  dan aktiviti anak-anak akan jadi lebih menyeronokkan. 



Aktiviti didalam DVD Disney Magic English
* In Show Time
*In Songs
*In Words Play
*In Play Time

Aktiviti didalam Buku Disney magic English
*Play & Learn
*Activities
*Aladdin's Discoveries 
*Mickey's Quiz
*Goofy's Story
*DVD Text
*Donald's Tips























Bahasa Malaysia


TNN menggunakan kaedah bercerita, puisi bergambar, kad imbas, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif untuk membantu perkembangan dan penambahan perbendaharaan kata anak-anak.



Mandarin


TNN menggunakan kaedah bercerita, puisi bergambar, kad imbas, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif,  untuk membantu perkembangan dan penambahan perbendaharaan kata anak-anak.


Matematik


TNN menggunakan kaedah "multisensory", permainan, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif untuk mengasah bakat dan minda logik anak-anak.





Dokumen Dokumen TNN

Posted by Puan Farhana Ali at 19:27 0 comments
Untuk makluman para pembaca dan ibubapa, TNN sudah pun membuat permohonan penubuhan TASKA dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat pada 10 November 2011 dan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2Disember 2011. 

Permohonan Pendaftaran Baru TASKA
Pendaftaran Perniagaan SSM



Peta Lokasi

Posted by Puan Farhana Ali at 19:02 0 comments

Taska Naluri Naurah

No.14, Jalan Gemilang 1,
Taman Banang Jaya,
83000 Batu Pahat, Johor.

Puan Farhana Ali
Tel : 013 629 2184
email : nalurinaurah@gmail.com



sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
 

Taska Naluri Naurah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea