Wednesday, 18 January 2012

Masa Bermain

Posted by Puan Farhana Ali at 03:04
Masa Bermain

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog TNN. Terima kasih kerana sudi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Taska kami. Disini kami senaraikan beberapa contoh aktiviti  di TNN yang bertujuan untuk mengaplikasikan pembelajaran anak-anak didalam kehidupan seharian untuk membantu anak-anak dalam membentuk sifat berdikari dan percaya pada diri sendiri.


Aktiviti Fizikal :
Muzik : Tempo perlahan, tempo laju.

Peralatan diperlukan : 
Pemain CD dan CD muzik

Apa yang perlu dilakukan :
Jika anda mempunyai CD dengan tempo muzik yang berbeza,mainkan bahagian-bahagian kecil lagu-lagu yang berbeza tempo itu secara rawak. Apabila anak anda mendengar lagu yang pantas, beritahu dia untuk bergerak pantas. Apabila lagu itu perlahan, beritahu anak anda untuk bergerak perlahan-lahan.

Aktiviti ini akan menggalakkan kemahiran mendengar dan kemahiran motor.


Sains Kretif/Sosio-Emosi :
"Indoor Rainbow"

Kanak-kanak sentiasa sukakan pelangi dan anda tidak perlu menunggu hari hujan untuk melakukan eksperimen ini..

Peralatan Diperlukan : 
Cermin kecil (yang akan muat didalam gelas)
Sebiiji gelas
Air
Lampu Suluh

Apa yang perlu dilakukan :
Letakkan cermin pada satu sudut didalam gelas yang telah diisikan dengan air. Bawakan gelas itu bersama lampu suluh ke dalam bilik yang gelap. Nyalakan lampu suluh kearah cermin didalam gelas dan lihat jika ada pelangi terbentuk. Jika tiada, ubah sudut cermin atau pun sudut lampu suluh tersebut.


Seni Kretif
Topeng Pinggan Kertas

Selain mengasah bakat seni kretif, aktiviti ini dapat menggalakkan skil motor halus dan kebolehan berimaginasi anak-anak.

Peralatan Diperlukan :
Pinggan Kertas

Pen Mewarna

"Glitter"

Gam

Tali Halus

Apa yang perlu dilakukan :
Lukiskan wajah kelakar atau menakutkan diatas pinggan kertas menggunakan pen mewarna, glitter dan sebagainya mengikut kretiviti anak-anak. Kemudian gunakan tali halus untuk mengikat topeng.


Aktiviti Kognitif
Main Pondok-Pondok


Peralatan diperlukan :
Baju, beg duit, tas tangan dan kasut orang dewasa.

Apa yang perlu dilakukan :
Biarkan anak anda memakai pakaian orang dewasa. Dia akan belajar tentang tektur dan warna. Berikan dia situasi-situasi untuk dilakonkan, contohnya seperti bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kemuan ambil gambar mereka.



Aktiviti Matematik
Blok Bowling


Peralatan Diperlukan :
Blok (kayu atau plastik)
Bola dari pelbagai saiz

Apa yang perlu dilakukan :
Susun blok-blok tersebut dengan ketinggian yang berbeza. Kemudian, baling bola pelbagai saiz ke arah susunan blok tersebut dari jarak yang berbeza.

Aktivit ini bagus untuk mengajar pengiraan/huruf kepada anak-anak jika blok huruf digunakan.

0 comments:

Post a Comment

 

Taska Naluri Naurah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea