Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog TNN. Terima kasih kerana sudi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Taska kami. Disini kami senaraikan beberapa contoh aktiviti di TNN yang bertujuan untuk mengaplikasikan pembelajaran anak-anak didalam kehidupan seharian untuk membantu anak-anak dalam membentuk sifat berdikari dan percaya pada diri sendiri.
Aktiviti Fizikal :
Muzik : Tempo perlahan, tempo laju.
Peralatan diperlukan :
Pemain CD dan CD muzik
Apa yang perlu dilakukan :
Jika andamempunyaiCDdengantempomuzikyangberbeza,mainkanbahagian-bahagian kecillagu-lagu yang berbeza tempo itu secara rawak.Apabilaanak andamendengarlaguyangpantas, beritahu dia untukbergerak pantas. Apabilalaguituperlahan, beritahu anak andauntuk bergerakperlahan-lahan.
Aktivitiini akan menggalakkankemahiranmendengar dan kemahiran motor.
Sains Kretif/Sosio-Emosi :
"Indoor Rainbow"
Kanak-kanak sentiasa sukakan pelangi dan anda tidak perlu menunggu hari hujan untuk melakukan eksperimen ini..
Peralatan Diperlukan :
Cermin kecil (yang akan muat didalam gelas)
Sebiiji gelas
Air
Lampu Suluh
Apa yang perlu dilakukan :
Letakkan cermin pada satu sudut didalam gelas yang telah diisikan dengan air. Bawakan gelas itu bersama lampu suluh ke dalam bilik yang gelap. Nyalakan lampu suluh kearah cermin didalam gelas dan lihat jika ada pelangi terbentuk. Jika tiada, ubah sudut cermin atau pun sudut lampu suluh tersebut.
Seni Kretif
Topeng Pinggan Kertas
Selain mengasah bakat seni kretif, aktiviti ini dapat menggalakkan skil motor halus dan kebolehan berimaginasi anak-anak.
Peralatan Diperlukan :
Pinggan Kertas
Pen Mewarna
"Glitter"
Gam
Tali Halus
Apa yang perlu dilakukan :
Lukiskan wajah kelakar atau menakutkan diatas pinggan kertas menggunakan pen mewarna, glitter dan sebagainya mengikut kretiviti anak-anak. Kemudian gunakan tali halus untuk mengikat topeng.
Aktiviti Kognitif
Main Pondok-Pondok
Peralatan diperlukan :
Baju, beg duit, tas tangan dan kasut orang dewasa.
Apa yang perlu dilakukan :
Biarkan anak anda memakai pakaian orang dewasa. Dia akan belajar tentang tektur dan warna. Berikan dia situasi-situasi untuk dilakonkan, contohnya seperti bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kemuan ambil gambar mereka.
Aktiviti Matematik Blok Bowling
Peralatan Diperlukan :
Blok (kayu atau plastik)
Bola dari pelbagai saiz
Apa yang perlu dilakukan :
Susun blok-blok tersebut dengan ketinggian yang berbeza. Kemudian, baling bola pelbagai saiz ke arah susunan blok tersebut dari jarak yang berbeza.
Aktivit ini bagus untuk mengajar pengiraan/huruf kepada anak-anak jika blok huruf digunakan.
Bagi mendedahkan anak-anak dengan asas-asas fardhu ain dan kerohanian sejak kecil lagi, TNN menyediakan modul Baby Khalifah terbitan islamkids.my agar pembelajaran lebih menyeronokkan.
Sesuai untuk anak-anak berumur 1tahun-4tahun.
Anak-anak akan didedahkan dengan :
*my first adab
*my first solat (wudhu', azan, prayer time, kiblah)
*my first khalimah (subhanallah,allahu akhbar, alhamdulillah)
*my family
*my first arabic (numbers, colours, shapes..)
*my first iqra'
Bacaan Awal al-Quran
Sedar tentang kepentingan pendedahan awal dalam pengenalan sebutan-sebutan jawi dan bacaan al-quran, TNN telah menyediakan modul Siri Cepat Membaca al-Quran al-Furqan terbitan readnetwork.com untuk anak-anak.
Sistem al-Furqan telah disusun supaya anak-anak dapat membaca al-Quran dengan cara yang paling mudah.
Keistimewaan Produk
Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Kemahiran diperkenal secara bertahap
Illustrasi dan kad imbasan menarik
Kad Imbas al-Furqan & VCD Lagu al-Furqan
Kad Imbas al-Furqan mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Siri Cepat Membaca al-Quran al-Furqan 1 - 4.
Kad imbas dan VCD al-Furqan ini juga digunakan sebagai bahan bantuan mengajar untuk bayi 6bulan keatas dimana bayi juga lebih tertarik kepada gambar-gambar dan lagu-lagu yang didengari dan dilihatnya secara tidak langsung.
Kanak-kanak ini mula diajar mengenal huruf menggunakanflashcard sejak umur 6 bulan. Pada umur 1 tahun lebih, dia telah mengenal semua 29 huruf hijaiyah bertanda fathah.
Di TNN, kami menyediakan modul pembelajaran yang menarik, berkesan & bersesuaian dengan tahap umur setiap anak-anak.
Bahasa Inggeris
TNN menggunakan modul pembelajaran DisneyMagicEnglish dimana ia direka khas untuk memupuk perkembangan bahasa bagi kanak-kanak. Dengan menggunakan watak-watak kartun Disney didalam setiap 26 DVD dan 26 buku aktiviti Disney Magic English, pembelajaran dan aktiviti anak-anak akan jadi lebih menyeronokkan.
Aktiviti didalam DVD Disney Magic English
* In Show Time
*In Songs
*In Words Play
*In Play Time
Aktiviti didalam Buku Disney magic English
*Play & Learn
*Activities
*Aladdin's Discoveries
*Mickey's Quiz
*Goofy's Story
*DVD Text
*Donald's Tips
Bahasa Malaysia
TNN menggunakan kaedah bercerita, puisi bergambar, kad imbas, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif untuk membantu perkembangan dan penambahan perbendaharaan kata anak-anak.
Mandarin
TNN menggunakan kaedah bercerita, puisi bergambar, kad imbas, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif, untuk membantu perkembangan dan penambahan perbendaharaan kata anak-anak.
Matematik
TNN menggunakan kaedah "multisensory", permainan, video interaktif, nyanyian, serta melalui aktiviti seni & sains kreatif untuk mengasah bakat dan minda logik anak-anak.
Untuk makluman para pembaca dan ibubapa, TNN sudah pun membuat permohonan penubuhan TASKA dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat pada 10 November 2011 dan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2Disember 2011.
TNN bukan sekadar taman asuhan kanak-kanak biasa. Selain dari pembelajaran utama, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang dapat membantu perkembangan anak-anak baik dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio-emosi. Bagi memastikan anak-anak diasuh dengan baik, kami menyediakan aktiviti
harian khusus untuk anak-anak TNN.
Di bawah adalah jadual aktiviti harian bagi anak-anak berumur 1 1/2 tahun-2 1/2 tahun di TNN
*AKTIVITI
HARIAN INI ADALAH SEBAGAI RUJUKAN ASAS DAN SEBARANG PERUBAHAN KECIL BERGANTUNG
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di TNN, kami menyediakan menu makanan yang lengkap dan berkhasiat bagi membekalkan nutrisi harian yang mencukupi bagi anak-anak. Di bawah adalah contoh jadual lengkap menu makanan mingguan bagi bayi berumur 6bulan hingga 1 tahun.Semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda mengenali lebih dekat lagi Taska kami. :)
*MENU HARIAN INI AKAN
BERUBAH-UBAH BERGANTUNG KEPADA PERMINTAAN @ KESUKAAN KANAK-KANAK
TASKA NALURI NAURAH menyediakan suasana yang ceria untuk merangsang perkembangan anak-anak..disamping mempunyai susun atur dan perabot yang minima bagi mengurangkan risiko kemalangan..
Setiap pintu di TNN di pasang alat keselamatan mencegah dari kejadian jari anak-anak tersepit...
TNN dilengkapi "air purifier", memastikan kebersihan & kualiti udara yang terbaik untuk anak-anak..
Ruang belajar yang berwarna-warni, selesa dan selamat bagi membantu perkembangan pembelajaran dan kretiviti anak-anak jagaan.
TASKA
NALURI NAURAHmerupakan taman asuhan kanak-kanak yang kini bercawangan
di Taman Banang Jaya, Batu Pahat menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pembelajaran yang berkualiti & sistematik untuk anak-anak seawal usia 2 bulan dan
keatas.
Setiap anak-anak yang diamanahkan kepada TNN akan
dijaga dan dididik dengan teliti dan penuh kasih sayang sebagai ibu
bapa pengganti. Dengan itu ibu bapa boleh merasa tenang kerana anak-anak mereka selamat bersama kami. Perkembangan anak-anak bermula seawal dari dalam kandunngan ibu dan didikan awal amat penting didalam perkembangan anak. Di TNN kami amat merhargai setiap saat perkembangan anak-anak. Setiap anak di TNN akan didedahkan dengan pembelajaran dan pengalaman yang
menyeronokkan serta menjadi tauladan untuk kegunaan masa hadapan. Kami
menekankan perkembangan menyeluruh meliputi BAHASA (melayu, english
& mandarin), EMOSI, SOSIAL, KOGNITIF dan FIZIKAL.Penerapan ilmu dan
kemahiran asas seperti berkomunikasi, membaca, mengira, mewarna,
menyanyi dan lain-lain akan diajar dan didedahkan melalui kaedah SAINS
KREATIF dan SENI KREATIF mengikut tahap kesesuaian umur anak-anak.
Berilah yang terbaik untuk anak-anak & mulakan didikan awal di TNN...
Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut,
sila hubungi pihak pengurusan TNN di 013 629 2184.